Hehehe tak leh blah kan tajuk entry kat atas.. anyway aku nak citer pasal diriku yang dibenci ketika membeli belah ketika si tenuk dipaksa menemani ku. Aku faham sangat perasaan si tenuk tu… aku mngerti sangat… tapi alang2 ko dan teman aku, so ko rasa-in kedivaanku ketika membeli belah…. Hah puas. Tetiba je khen…
Sebagai lelaki suci yang ade sixth sense, ko ade? Tarak ada kan… korang mesti kata aku ni skandal dengan si tenuk ni… so mulai sekarang tanam dalam benak pale hotak korang yang si tenuk tu merangkap rumet a.k.a teman sebilik aku. So ape2 n segala ape yang nak dibuat mesti aku prefer kat si tenuk ni dulu. Aku rapat dengan dia n aku rasa dia je bole tahan sifat kedivaan aku ni mengikut naluri suchi aku ni la. Tak tau la belakang aku, mengumpat sakan kot. Wah giteww.
Bila stok2 makanan aku dah nak habis, aku mula mencakar2 dinding rumah. So tu menandakan bekalan makanan aku dah nak habis. Macam kucing sangat ko. So malam tu aku akan tanya si tenuk. “sayang, u free tak esok? I nak romen dengan u”,kataku dengan penuh menggoda. “bole jugak babi. Pukul berapa?”,lancang je si tenuk menjawab. Aku hanya bersabar dengan penuh keinsafan. “kalau boleh petang la dalam pukul 5. Ko tau kan aku ni alah cahaya matahari”. Giteww la. “ko nak gi mana. Agak2 kalau aku tertido petang esok ko tolong gerakkan aku”, kata si tenuk dengan penuh penipuan. “bese la gi Tesco. Jangan risau ko tak kan tertido petang sok”, jawab ku selamba. “ayoyo mati la aku esok!”,jawab rumetku dengan penuh perasaan. Aku cuba mengerti tapi aku buat2 tak faham je. Nyampah….
Esoknye pukul dua aku dah start mandi. Faham2 je la kalau aku mandi. Berzaman baru nak siap mandi kot. Bila dah siap mandi tu aku akan suruh rumet aku si tenuk tu mandi. Tapi macam bese la, aku sentiasa dapat jawapan yang macam aku dah hafal dari dulu2 lg.. “wei babi, awal lagi la. Gila la ko ni. Nanti la aku mandi”. Aku pasrah sambil menangis teresak-esak di suatu sudut. Wah giteww. Propa je hoccayy. Aku pon duduk la kat meja study aku tu listkan barang2 yang aku nak beli. 
Pagi before aku mandi tu, bilik aku ni sentiasa menjadi bilik untuk mesyuarat tingkap ko a.k.a  sesi mengumpat. Ni la aktiviti rumah lelaki bujang hoccayy. Katil aku ngan si tenuk ni jenis katil bujang tapi kitorang rapatkan. So dapat la banyak space bilik ktorang tu nak letak meja study. Dengan katil bujang yang di’king’kan tu. Katil kitorang tu selalu la jadi tempat berkubang untuk sesi mesyuarat tingkap. Pagi tu plak si tenuk ni dengan selamba badaknye menghebohkan aku nak pi Tesco.  Makanya dengan ini, wah giteww skema sangat ayat ni khen… maka ramai la nak join sekaki membeli belah ko. Hazab sangat si tenuk tu. Aku tak suka pi ramai2. Nanti dorang tau aku beli makanan ape. Pastu sibuk nak pau makanan aku.. giteww la kedekot taik idong masin hehehehe.
Apa2 pon macam bese la janji melayu, janji pukul 5 ko, tapi kul 6.30 baru terhegeh2 nak naik kereta. Dengan kereta Myvi ku itu aku pon drive la. Macam bese la laki2 gersang ni kalau dah ramai mesti nak mengutuk aku yang suchi ini. “nape ko ni suka sangat gi Tesco?? Kan ade Giant, Carrefour, Sacc Mall, PKNS, Plaza Alam Sentral….”..membe2 ku cuba untuk membuka topik. Lalu macam biasa la aku ni kan kalau bab2 nak melawan balik inshaallah la ilham tu akan datang cepat je ko. “tak kan nak gi Pavi, Suria klcc kot… lantak aku la nak gi mana. Aku tak ajak pon korang ikot aku”, balasku dengan penuh sopan sekali sambil dalam hati aku membuak2 rasa nak marah jer. Tapi aku ni baik, aku tak layan sangat perbualan dorang. Nak focus pada pemanduan yang berhemat.. giteww la ko… korang kan pemandu yang tak berhemat. Ngaku je la….
Aku benci sangat bila dah bawa membe2 aku yang kepala gila2 ni. Sungguh memalukan aku taw… aku pasrah sangat sambil mencakar2 dinding pasaraya Tesco tu. Aku pasrah sangat. Korang bayangkan lah, kalau ada 5 orang seme nak bawa troli sorang satu. Aku rasa sadis sangat. Si tenuk yang maybe tak beli ape2 tu pon nak jugak bawa troli ko. Hazabbbb. Tapi macam bese la aku akan sound si tenuk tu suruh simpan troli dia. Serius ko, si tenuk tu jenis dengar kata sebab dia dah tau dia kena tolong aku tolak troli bagi pihak aku heheheehehe. 
Bila dah start nak beli belah masing2 bawa haluan sendiri ko. Tak ada dah nak melenggang kangkong. Aku macam biasa la akan ditemani oleh si tenuk yang setia.. part yang mula2 sekali aku pergi round ialah part pakaian. Aku ni jenis suka beli short pan. Tapi juz untuk usha2 harga dulu n testing try. Wah giteww bahasa aku ni. Part ni aku ade keserasian dengan si tenuk. Tapi si tenuk ade perangai yang hazab sangat. Aku layan je. Dia start amik baju n seluar untuk testing dalam bilik testing tu la. Naluri aku faham dia bukan nak beli pon. Dalam bilik tu siap la dia bergaya sakan ko siap amik2 pic lagi. Kononnyer nak letak dalam fesbuk. Aku pasrah sangat sebab tu la perangai dia dari dulu lg ko smenjak zaman friendster. 
Bila dah siap part dia tu, tiba la melayan sikap diva ku ini. Dengan penuh perasaan, aku start sesi tawaf pasaraya. Tawaf yang pertama tengok2 barang apa yang ada. Yang baru release dalam pasaran kalau ada. Selalu kalau ada testing makanan ke mesti la aku dengan si tenuk orang yang paling gembira. Macam hari tu ade yogurt buat sesi testing susu yogurt. Aku pon apalagi sibuk la nak merasa. Dah la bagi rasa sikit je. Tak terasa tekak aku. Aku pon test la banyak2 sikit. Akak yang jual tu macam ada harapan je aku nak beli susu yogurt tu. Ye la ko, orang lain seme rasa satu je….aku siap rasa berbekas2 testing tu… pastu dengan selambanye aku cakap susu yogurt tu tak sesuai dengan tekak aku. Wat ape aku nak bazirkan duit beli benda yang tak sedap macam tu khen. Pastu bila dah bertembung dengan membe2 siap la bgtau ade sesi testing makanan. Giteww la budak2 lelaki tawww…
Second tawaf ni dah start nak mengambil barang2 tau. Walaupon aku dah list barang2 ape nak beli tapi tetap susah sangat nak wat keputusan nak beli yang mana. Selalu si tenuk ni jadi penasihat aku… so macam2 kriteria la yang dia tetapkan. Aku macam bese la follow je cakap dia tapi kadang2 aku tak ikot sangat cakap dia hehehehehe. aku pon dah penat nak menaip lagi ni… risau plak kang jadi esei berjela2. Gigih sangat aku menaip taw… ok la babai.



 08:54
08:54
 mizan
mizan
 


 Posted in:
 Posted in:  
 
 
 
 
 
 
 
0 orang yang suka mengeji:
Post a Comment