Salam 1Blog untuk korang. Actually aku tak tau kalo aku sorang je gigih wat blog ni tanpa ada orang baca. Anyway xape la. Aku tau korang mana ada nak support aku ni khen.. wah giteww. Ni aku nak kongsi citer pasal aku. ofcos la aku wat blog ni nak citer pasal diri aku yang terchanteek ni. Bising je ko ni. huhuhu. Lalu menepis2 rambutku yang panjang ini. wah macam ayat novel plak. Propa je hoccay. Aku bizi sangat lately ni, tak tau la nape. Rumet aku mintak amik gunting dalam almari aku, sepatotnye dia la yang kena amik. Budak sebelah bilik aku ni panggil2 aku nak tnya tak nak join futsal ke. benda macam tu pon nak tnya. sepatotnye mesej je aku kan senang. tak payah la aku nak pegi bilik dorang kat sebelah sini. Benda2 macam ni la yang menambahkan kebizian aku di alam fana ni. Sebab tu la aku suka merungut bawah meja. Susah sangat jadi aku ni tau.
By the way, aku nak citer pasal benda lain tapi macam bese la aku selalu menyimpang dari topik asal. kesian korang. Aku maafkan diri aku sendiri yang suka bersikap diva ni. hehehehe. Lalu aku pon mencakar2 pintu untuk mengasah kuku aku ni. eh menyimpang lagi. Ni aku nak citer pasal aku suka yang mana lagi antara kereta atau motosikal. Tak sama macam tajuk kat atas tu kan. tajuk tu aku tanya korang tapi kat sini aku plak tnya diri aku sendiri. Nak wat mcm mana kan ni blog aku. sesuka aku la hahaha.
Ok2 macam bese la sesi mengumpat akan tiba sat lagi. Korang sediakan tisu tandas ye coz nescaya korang akan tercirit ketika membaca sesi mengumpat ni. Korang kan lubang yang dah lobos. Aku Mengerti permasalahan itewww...ok GO...........
|  | 
| Sekadar hiasan | 
Setiap aku nak kuar jalan2 atau bersiar2 mesti aku ada masalah nak naik ape. Disebabkan aku ada kereta n motor, so aku selalu berada dipersimpangan samada hari tu nak naik motor or kereta. Korang ade salah satu je kan....Tak tanya pon dah tau. Korang harus bersyukur sebab ramai lagi tak ada kenderaan kat luar sana tau. So berbalik pada cerita yang asal, masalah ni selalu menganggu fikiran aku sampai aku kena period tau. korang pon sama jugak kan. Aku akan citerkan kat korang bila aku pilih salah satu kenderaan ni tau. Let check it out!!!!!!
1: Kereta
Bila time nak keluar tu aku amik keputusan nak guna kereta, aku akan masuk bilik cari geran kereta tu sambil tunjuk2 kat membe aku geran tu dengan bangganye sambil mencakar2 geran tu. ok tipu jer. Mula2 aku akan tengok condition kereta tu dulu. Aku memanggil kereta tu dengan nama japar onn so automatik kereta tu akan ter'ON sendiri ko. canggihkan? Lalu aku pun mengambil kunci untuk menge'ON kereta tu a.k.a start kereta tu bagi panas membakar. Seperti biasa la aku memerhati setiap genap dan inci kereta aku. Kalau ada kotoran mula aku nak marah2 sambil memaki membe2 aku walaupon aku tau hanya aku sorang jer guna kereta aku tu je. Aku kan start membebel nape la kereta aku kotor sangat walaupon aku tau aku yang buat seme tu. kadang2 aku cuba untuk menyalahkan si Tenuk tu sebab tak tolong basuhkan kereta aku. Semalam aku nampak dia basuh kereta dia, tak ade pon sekelumit kat hati dia nak basuh sekali kereta aku. Sekarang aku tengah kumpul duit nak beli mesin basuh yang boleh basuh kereta. Senang citer khen...
Bila dah puas membebel tanpa tentu arah, aku pon terus menuju ke destinasi yang aku tujui. Benda yang paling tak best sekali bila naik kereta bila tersangkut dalam jem. Aku benci sangat jem2 ni. Ya ampun aku penah sekali tersangkut dalam jem kat LDP a.k.a Lebuhraya Damansara Puchong. Seksa sangat ko, dah la time tu aku sakit perut sangat2 plus cirit. Ko bayangkan la betapa indahnyer kalo boleh berak dalam kereta time tu. Tapi aku kan pembersih, aku tahan jugak sambil buat senaman kemut kemutan banyak2 kali. hazabbb sangat time tu.
Aku ni jenis bawa kereta sopan2 je setakat 200km/j jer. nampak benor nipunyer khen... Aku tension sangat kalo kereta kat depan aku tu ade pemandu yang bawa sopan santun 40km/j. Lantas mulut aku laju je menyumpah seranah siap baca mantera terkumat2 kamit nk bomohkan kereta yang melembabkan perjalanan aku yang sopan ini. Dah la bawa slow, aku bajet mesti pemandu tu penuh berhikmah n tau undang2 jalan raya. sekali belok tak bagi lampu signal ko. kurang ajar betol. nak je aku hon tapi aku tak nak membazirkan bateri kereta aku yang mahal ni. Tu dugaan bila bawa kereta ni.
Lagi satu bila nak cari parking yang free, susah gila nak jumpa. Aku tak suka sangat pi parking yang berbayar tu. sebab aku rasa tertipu jer pastu tak munasabah plak harga tu. Aku penah parking berbayar kat SACC mall shah alam tu xsampai satu jam pon dah kena bayar RM3.50. tempat parking dah la tak berbumbung. Benci sangat. Tapi kalo pi iCity yang kena bayar rm10 untuk parking tu aku redha plak. giteww la.
Benda yang aku tak suka bila bawa kereta ni bila aku suka terlelap mahupun berangan. Aku ni jenis akan pasang radio kuat2 bila bawa kereta sampai kereta lorong sebelah pon bole dengar lagi. Tapi heran gak nape aku boler terlelap gitewww. Aku takot sangat eksiden n menyebabkan saham aku jatuh dan tidak laku lagi. tu tak ape lagi, macam mana kalo aku berpindah alam. Tak merasa la aku nk main kawen-kawen lg.
2: Motosikal
Bila naik kereta aku juz cerita pasal keburukan je khen.. so bila nak naik motor aku citer pasal kebaikan lak hoccay. So before naik motor aku akan cari tangga dulu coz nak naik atas motor tu. hehehe propa je ok. Aku akan check tayar tu dulu takot2 kempis. Dulu aku ada pengalaman yang fobia sangat. Tayar aku bole kempis kat tepi highway ko. Sedih sangat. Tak ade sape nak tolong aku yang ensem ni walaupon aku tolak motor tu dengan cara meniarap untuk mengharapkan pertolongan. tapi hampa je lakonan aku tu. Tapi last2 ade gak orang tolong, tapi tolong tnya kat mana arah Damansara. Sedih sangat. Pastu wat2 tnya motor rosak ke. "i nak tolong pon i tak tau sangat pasal motor ni"..."u tolong tengok je la ye", aku menjawab dengan penuh tata tertib. Lalu time tu ntah macam mana aku dapat idea yang bernas. Cepat2 je aku tepon si Tenuk. "Tenuk, cepat tolong aku. Aku eksiden ni kat federal. putus dah kepala aku. cepat datang. tolong3!". Senang je aku memperdaya si Tenuk. Tak sampai 30 minit Tenuk datang dengan kegembiraan terlompat2 sebab aku tak mati lagi walaupun episod tu hanya tayar aku je kempis.
So bila bawa motor ni aku rasa aman je tanpa tersangkut kat jem. Aku mahir sangat mencilok2 ni. Kadang2 penah jugak aku langgar side mirror. Langgar curi ko. Tak ada pon aku nak pi mntak maaf ke ape. Bila bawa motor ni aku akan akan sampai dengan cepat walau ke mana pon arah tujuan aku. Disebabkan aku sampai cepat, aku plak yang terpaksa menunggu membe2 aku yang tersangkut dalam jem coz bawa kereta. Giteww la. aku pasrah sambil mencakar2 muka aku. sadis sangat.
Bila bawa motor ni aku takot bawa laju2 cz badan aku ringan macam kapas. takot aku diterbangkan angin lak. Susah gak tu. tak pasai2 je khen. So sampai di sini je aku kongsi citer aku yang tak sedap ni hoccay. penat tau menaip wat esei ni. k bye.
Moral: Berhati-hati di jalan raya hoccay
Gosip: kereta aku tak habis bayar lagi ko. so sape nak tolong bayarkan untuk aku amat dialukan
Pantun: Buah cempedak di luar pagar,
Masak sebiji di atas peti,
Lesen L budak baru belajar,
Jangan plak korang nak hon tak henti2.



 03:45
03:45
 mizan
mizan
 




 Posted in:
 Posted in:  
 
 
 
 
 
 
 
0 orang yang suka mengeji:
Post a Comment